Sunday, February 15, 2009

Tuntas Editor.

Assalamualaikum WBT.

Setelah sekian lama menggembar-gemburkan akan kewujudan blog utk batch pra-u 0809, akhirnya sy selaku presiden PERTINA 0809 dengan ini membuka laman rasmi PERTINA. Kewujudan blog ini bagi saya mempunyai pelbagai tujuan positif yang seharusnya dilihat dengan lebih terperinci. Antara motif yang saya letakkan pada blog ini adalah penyampaian berita-berita semasa yang berlaku dikalangan pelajar-pelajar pra-u, merapatkan hubungan sesama pelajar, dan sebagai medium bagi berkongsi suara bebas anda, pendapat, sokongan, kritik, dan seumpama dengannya.

Setelah 8 bulan pertama berlalu, saya dapat melihat perubahan yang boleh diandaikan sebagai drastik secara fizikal mahunpun secara dalaman dalam diri setiap pelajar. Kejayaan yang pertama adalah dengan mewujudkan smartcard yang akan bertindak sebagai nametag, dan dilengkapi dengan barcode utk tujuan pinjaman rasmi buka di perpustakaan Sekolah Abu Bakar al-Baqir (SABAR).

Saya berpuas hati dengan keadaan yang berlaku walaupun dewasa ini berlaku sedikit konflik dalaman yang kecil dalam pembikinan t-shirt PERTINA. Diharapkan semua masalah dapat diselesaikan dengan penuh bijaksana dan didahulukn dengan perbincangan. Sekian.



Admin, ian.

1 comment:

  1. go0d job......
    hamba brharap kalian smua pasti berjaya d final exam nti.....
    ada pic yg sempoi n ada yg wat skitkn ati....
    boy smua sempoi...gurl cant goo0o0o0o0o0.....
    from student S.A.B.A.R
    Didi_kodek.........
    hahahaha....steady laaaaaa......

    ReplyDelete