Friday, February 20, 2009

Memori Manis ( ii )

captured by ian.

Assalamualaikum WBT.

Pernah anda semua pergi ke Bukit Larut, Taiping? atau dikenali sebagai Maxwell Hill? mungkin anda pernah mendaki bersama keluarga barangkali. tp, kami, pelajar pra-u ( lelaki sahaja ) telah pun berjaya menawan bukit berkenaan dengan jayanya. blog ini bukan ditulis bagi tujuan untuk BANGGA, tapi bagi mengingati kenangan manis pelajar-pelajar pra-u SABAR dalam jerih perih mendaki Bukit Larut. Berikut adalah coretan ringkas program mendaki Bukit Larut yang berlangung pada 10hb Sep 2008 :)

Pada pukul 8.00 pagi semua pelajar mula berkumpul di kediaman saya (admin) dengan bilangan yang menyertai aktiviti ini seramai 12 orang. Kami mulakan perjalanan ke Bukit Larut yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Keheningan masih terasa walaupun mentari sudah mula menyinari. * ayat bunga². setelah sampai dan meletakkan kenderaan dengan jaminan keselamatan yang kurang, kami bergerak mencari port untuk menukar pakaian. t-shirt rasmi hari berkenaan adalah t-shirt KAMI. yeahh!

Excited!

Setelah melakukan regangan secara ringkas, kami memulakan pendakian yang disangkakan mudah seperti KACANG. Jam pada ketika itu menunjukkan 9.17 pagi. di awal pendakian sy telah terdengar suara-suara berani yang mengatakan "alah, aku boleh je LARI sampai pucak! ahaha." hebat betul makhluk yang berkata sedemikian. Apabila pejalanan tak sampai 200 meter, ada pula yang berbunyi, "weyh, jauh lagi ke? ahaha." Suasana ini menceriakan keadaan kami semua :)

muka² teruja. *Kamarul dan nasi lemak? ahaha

sebahagian yang teruja.

oh snap! * sorry amir. ahaha

perhentian pertama. suda penat.

air terjun.

Setelah berjalan selama 3 jam, kumpulan kami yang terdiri drpd 12 org mula berpecah kepada 3 kumpulan kecil. ini berlaku apabila sebahagian drpd kami mula merasai bahang kepenatan yang terlampau! ahaha. untuk pengetahuna anda juga, kumpulan yang terakhir terdiri drpd saya sendiri, shahrul, ayin dan awa ( nizam ). Namun begitu, berbekalkan kecekalan dan semangat Ayin yang membara utk makan sandwich yg dibawanya membuatkan kami meneruskan perjalanan mengejar rakan-rakan yg dihadapan.


larian baton ditgh belantara.


indah.


foto by ian.


Ayin, Shahrul - "penat gila!!"

menuju ke jln yang lurus

have a break, have a kitkat ;)


hijau :)

Setelah berjalan melawan panca roba dan segala musibah, akhirnya kami semua berjaya sampai ke puncak. jam pada ketika itu menunjukan 2.20 petang. fuhhh, tak sangka begitu lama. walaupun penat tak terkata, kami berasa puas sebab perjalanan kami dihiasi dengan keindahan flora yang mengkagumkan.

sahabat terbaik.

Shahrul-"amir lapaq doh.."
Amir-"makan kt bawah nnt!"



Maxwell Hill - Sept 10th 2008

Setelah puas menghayati keindahan Bukit Larut, akhirnya kami mula MEMIKIRKAN jalan terbaik untuk pulang. hanya segelintir sahaja yang mahu turun ke bawah dengan berjalan kaki. ahaha. yang lain nampaknya mahukan jeep! "kami mahukan jeep!" - kata mereka. setelah pakar runding menjalankan tugas, keputusannya kami perlu turun menaiki lori. yeah, lori pasir. dengan charge tambang sebanyak rm3 sekepala. Perasaan penat dan gembira terserlah didalam lori yang tidak mempunyai insurans membawa penumpang itu. hujan renyai renyai membuatkan kami terasa seperti Pendatang Haram Tanpa Izin (PATI).

Namun, apa jua yang berlaku pada hari tersebut akan tetap segar didalam ingatan saya dan semua yang terlibat. Semoga aktiviti-aktiviti luar seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang dengan kondusi yang lebih cemerlang selain dapat mengukuhkan ukhwah antara pelajar-pelajar. Sekian.

p/s : Maxwell bulan Mac 09, sapa setuju?

No comments:

Post a Comment