Monday, February 23, 2009

Get well soon Cikgu Dima.

Assalamualaikum WBT.

Hari ini 23hb Feb 2009, mungkin adalah hari yang bersejarah buat kelas 6A2 atas kemenangan ANUGERAH KELAS TERCANTIK, TERINDAH, DAN MEMPERSONAKAN. *ahaha. saje tambah lebih lebih. dan kelas ini mendapat insentif sebanyak rm30 sahaja. Kami berasa bersyukur atas pemberian anugerah tersebut dan harap dapat mempertahankan kejuaraan walaupun boleh menang sekali setahun. sedih kn? ahaha. tp, kami tetap pemenang yang merasmikan anugerah terbabit. terima kasih sy ucapkan kepada cikgu Anhar atas kesudian menghulurkan bantuan kewangan sebanyak rm100 utk kecerian kelas. diharapkan juga, pada masa akan datang kelas 6A1 dapat memberi saingan yang sengit kepada kami. hihi. dengan bantuan yang ikhlas cikgu Dima. wht ever it is, 6A2 still leading the 1st place :)

Walau bagaimanapun, kegembiraan kami akhirnya terhenti apabila pelajar-pelajar pra-u SABAR dikejutkan dgn berita tergempar. cikgu Dima kemalangan? oh tuhanku. terdetik didlm hati sy, teruk ke cikgu kemalangan? kereta apa? PJB? AGN? ahaa.. pelbagai persoalan. setelah diselidik, didapati cikgu Dima sihat dan stabil disisi keluarganya. Saya telah membuat kata putus untuk menziarahi cikgu Dima diwaktu petang setelah beliau bersetuju menerima lawatan kami kerumahnya.

Setelah berkumpul, dalam pukul 4 kami bertolak ke rumah cikgu Dima dengan berbekalkan sedikit buah tangan. Kami dijemput masuk dan beliau memulakan cerita drpd A sampailah Z. hasilnya, beliau masih dlm keadaan trauma utk memandu kembali. Kereta KIA Spectra beliau bernombor plat PJB **** yang tidak sampai sebulan dibeli, kini didalam bengkel utk baik pulih. Kemalangan tersebut menyebabkan kereta itu remuk teruk dibahagian depan pemandunya. Alhamdulillah cikgu Dima sekeluarga selamat walaupun menghadapi sedikit konkusi.

Berikut adalah sedikit gambar utk tontonan kalian :)


Sesi mendengar kronologi.

The boys

From left; Faisya,Saufi, Abey

Cikgu Dima - Still Standing! yeah. shes strong :)

From Left; Idek yang sedih, syuhada, Aimi, Afiqah

Saya harap semoga cikgu Dima kembali pulih. bebas drpd trauma kemalangan terbabit dan mengajar kami dengan sempurna. Sekian.

Friday, February 20, 2009

Memori Manis ( ii )

captured by ian.

Assalamualaikum WBT.

Pernah anda semua pergi ke Bukit Larut, Taiping? atau dikenali sebagai Maxwell Hill? mungkin anda pernah mendaki bersama keluarga barangkali. tp, kami, pelajar pra-u ( lelaki sahaja ) telah pun berjaya menawan bukit berkenaan dengan jayanya. blog ini bukan ditulis bagi tujuan untuk BANGGA, tapi bagi mengingati kenangan manis pelajar-pelajar pra-u SABAR dalam jerih perih mendaki Bukit Larut. Berikut adalah coretan ringkas program mendaki Bukit Larut yang berlangung pada 10hb Sep 2008 :)

Pada pukul 8.00 pagi semua pelajar mula berkumpul di kediaman saya (admin) dengan bilangan yang menyertai aktiviti ini seramai 12 orang. Kami mulakan perjalanan ke Bukit Larut yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Keheningan masih terasa walaupun mentari sudah mula menyinari. * ayat bunga². setelah sampai dan meletakkan kenderaan dengan jaminan keselamatan yang kurang, kami bergerak mencari port untuk menukar pakaian. t-shirt rasmi hari berkenaan adalah t-shirt KAMI. yeahh!

Excited!

Setelah melakukan regangan secara ringkas, kami memulakan pendakian yang disangkakan mudah seperti KACANG. Jam pada ketika itu menunjukkan 9.17 pagi. di awal pendakian sy telah terdengar suara-suara berani yang mengatakan "alah, aku boleh je LARI sampai pucak! ahaha." hebat betul makhluk yang berkata sedemikian. Apabila pejalanan tak sampai 200 meter, ada pula yang berbunyi, "weyh, jauh lagi ke? ahaha." Suasana ini menceriakan keadaan kami semua :)

muka² teruja. *Kamarul dan nasi lemak? ahaha

sebahagian yang teruja.

oh snap! * sorry amir. ahaha

perhentian pertama. suda penat.

air terjun.

Setelah berjalan selama 3 jam, kumpulan kami yang terdiri drpd 12 org mula berpecah kepada 3 kumpulan kecil. ini berlaku apabila sebahagian drpd kami mula merasai bahang kepenatan yang terlampau! ahaha. untuk pengetahuna anda juga, kumpulan yang terakhir terdiri drpd saya sendiri, shahrul, ayin dan awa ( nizam ). Namun begitu, berbekalkan kecekalan dan semangat Ayin yang membara utk makan sandwich yg dibawanya membuatkan kami meneruskan perjalanan mengejar rakan-rakan yg dihadapan.


larian baton ditgh belantara.


indah.


foto by ian.


Ayin, Shahrul - "penat gila!!"

menuju ke jln yang lurus

have a break, have a kitkat ;)


hijau :)

Setelah berjalan melawan panca roba dan segala musibah, akhirnya kami semua berjaya sampai ke puncak. jam pada ketika itu menunjukan 2.20 petang. fuhhh, tak sangka begitu lama. walaupun penat tak terkata, kami berasa puas sebab perjalanan kami dihiasi dengan keindahan flora yang mengkagumkan.

sahabat terbaik.

Shahrul-"amir lapaq doh.."
Amir-"makan kt bawah nnt!"



Maxwell Hill - Sept 10th 2008

Setelah puas menghayati keindahan Bukit Larut, akhirnya kami mula MEMIKIRKAN jalan terbaik untuk pulang. hanya segelintir sahaja yang mahu turun ke bawah dengan berjalan kaki. ahaha. yang lain nampaknya mahukan jeep! "kami mahukan jeep!" - kata mereka. setelah pakar runding menjalankan tugas, keputusannya kami perlu turun menaiki lori. yeah, lori pasir. dengan charge tambang sebanyak rm3 sekepala. Perasaan penat dan gembira terserlah didalam lori yang tidak mempunyai insurans membawa penumpang itu. hujan renyai renyai membuatkan kami terasa seperti Pendatang Haram Tanpa Izin (PATI).

Namun, apa jua yang berlaku pada hari tersebut akan tetap segar didalam ingatan saya dan semua yang terlibat. Semoga aktiviti-aktiviti luar seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang dengan kondusi yang lebih cemerlang selain dapat mengukuhkan ukhwah antara pelajar-pelajar. Sekian.

p/s : Maxwell bulan Mac 09, sapa setuju?

Thursday, February 19, 2009

Minda: Menangani krisis pembuangan pekerja

Assalamualaikum wbt.

Di kelas Pengajian Am hari ini, 19hb Feb 2008 saya telah diberitahu oleh Cikgu Syukri utk meluaskan pencarian sumber mengenai cara bagi mengurangkan bilangan pengangguran di Malaysia dgn melawat laman web Kementerian Sumber Manusia (http://www.mohr.gov.my). Disini saya ingin berkongsi ilmu dgn pembaca sekalian tentang permasalahan yang berlaku. Petikan daripada Harian Metro, Rabu, 21 Januari 2009.

AINI (bukan nama sebenar) merenung ke luar jendela. Dari tingkat 13 pangsapuri yang didiaminya, jelas menara berkembar Petronas begitu gah tersergam. Dari jendela itu juga dia dapat melihat panorama indah bandar raya Kuala Lumpur, kota yang menyimpan seribu kisah suka duka penghuninya.

Anak gadis berusia lewat 20-an itu sebenarnya resah. Dia sudah bekerja beberapa tahun dengan sebuah cawangan institusi kewangan antarabangsa bimbang akan kehilangan pekerjaan.

Sudah terdengar desas-desus pemberhentian kerja meskipun perkataan yang akan digunakan kedengaran lembut iaitu skim pemisahan sukarela (VSS).

Ini menjadikan Aini makin gelisah. Kedatangan 2009 disambut longlai tidak seceria tahun sebelumnya.

Aini sebenarnya bukan keseorangan. Ramai pekerja lain dijangka menerima nasib malang kehilangan mata pencarian tahun ini.

Ekonomi dunia merudum dijangka memberi impak buruk kepada banyak syarikat, menjadikan 2009 tahun amat sukar!

Pelbagai pihak menjangka impak krisis ekonomi global akan menjadi semakin ketara tahun ini. Kebimbangan ini sebenarnya sudah diuar-uarkan sebelum tahun baru lagi.

Iklim muram ekonomi dunia membuatkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dilaporkan baru-baru ini membuat unjuran sehingga 25 juta orang dijangka diberhentikan kerja di seluruh dunia menjelang 2010.

OECD yang meliputi 30 negara, termasuk semua negara perindustrian dunia, turut membuat unjuran pemulihan ekonomi akan berlaku pada akhir 2009 dan pertumbuhan lemah pada 2010!

Sebelum ini, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dilaporkan membuat unjuran bilangan pengangguran global dijangka meningkat sehingga 20 juta untuk mencecah paras tertinggi 210 juta orang menjelang akhir 2009.

Situasi suram turut dijangkakan dalam sektor pekerjaan tempatan dengan jangkaan pemberhentian pekerja menjadi serius tahun ini.

Lebih 4,700 pekerja tempatan pelbagai sektor dijangka diberhentikan dalam tempoh tiga bulan pertama 2009. Ini sebagai langkah persediaan majikan mengurangkan kos dan kerugian dalam menjangka krisis ekonomi global bertambah teruk tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam memberitahu media baru-baru ini, 102 majikan mengemukakan laporan kepada pihaknya untuk memberhentikan pekerja mereka secara berperingkat mulai Januari ini.

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula dilapor menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun ini.

Bagi 1,500 pekerja Western Digital (M) Sdn Bhd di Zon Perindustrian Bebas Samajaya, Sarawak, mereka boleh dikatakan antara kumpulan awal menerima kejutan pahit sebelum menjelang tahun baru 2009.

Syarikat pembuat cakera keras yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu bertindak menutup operasinya dengan alasan beban kegawatan ekonomi.

Pekerja asing juga dijangka tidak terkecuali daripada tindakan pemberhentian kerja ini. Dr S Subramaniam dilaporkan memberitahu 2,000 pekerja asing dijangka diberhentikan dalam tempoh dua bulan ini.

Di sebalik kemelut ekonomi yang berterusan, diharap majikan akan hanya membuat pemberhentian pekerja sebagai langkah terakhir dalam menangani krisis berkenaan.

Ini turut disuarakan Dr S Subramaniam ketika melancarkan buku Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja di Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Johor di Johor Bahru pada Disember 2008.

Beliau turut melancarkan Bilik Gerakan Pemberhentian Pekerja yang dibuka di seluruh negara. Pekerja yang mengalami masalah boleh membuat aduan ke bilik gerakan dengan menelefon talian 03-88905015/ 88905016/ 88905017/ 88905018 pada waktu pejabat.

Antara langkah awal yang boleh dilaksanakan bagi mengelakkan pemberhentian pekerja, termasuk mengurangkan tuntutan kerja lebih masa, cuti, jangka masa kerja serta gaji.

Dalam masa sama, kerajaan diharap memantau perkembangan supaya tidak ada majikan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan membuang pekerja dengan berselindung di sebalik alasan krisis ekonomi.

Nasib pekerja yang diberhentikan diharap tidak menjadi seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila majikan mengabaikan kebajikan mereka tanpa memberi pampasan atau faedah penamatan kerja yang sewajarnya seperti yang diperuntukkan undang-undang di negara ini.

Sebarang langkah pemberhentian pekerja secara sukarela atau sementara perlu dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tindakan pemberhentian.

Dalam ketika pekerja tempatan menghadapi risiko diberhentikan kerja, mungkin ada yang menuding jari ke atas lambakan pekerja asing di negara ini. Apakah ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan?’

Dilaporkan sekitar 1.2 juta pekerja asing di Malaysia, iaitu kira-kira 20 peratus daripada jumlah pekerja negara ini.

Kementerian Sumber Manusia bagaimanapun dilaporkan baru-baru ini sedang menimbang untuk membekukan pengambilan pekerja asing.

Ini dilihat sebagai langkah membantu pekerja tempatan yang kehilangan mata pencarian termasuk mereka yang bekerja di Singapura.

Dilaporkan kira-kira setengah juta pekerja di Singapura berdepan kemungkinan diberhentikan termasuk pekerja dari Malaysia.

Sehingga November 2008, dilaporkan 28,000 penganggur mendaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja dan 6,000 dilaporkan memperoleh pekerjaan.

Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, ini bukan bermakna kegelapan hidup buat selama-lamanya.

Kerajaan sudah membuat pengumuman akan bekerjasama dengan institusi awam dan swasta berkaitan untuk menyediakan program latihan semula bagi membantu mereka yang diberhentikan kerja.

Di bawah program itu, pekerja yang diberhentikan kerja akan dilatih untuk menguasai kemahiran baru bagi mengisi kekosongan kerja dalam bidang yang belum pernah mereka ceburi.

Antara bidang itu ialah perkhidmatan pelancongan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kabinet dilaporkan meluluskan RM100 juta untuk melatih semula mereka yang diberhentikan kerja.

Dalam hal ini, pekerja terbabit hanya perlu bersikap terbuka dan mempunyai iltizam untuk menerima sebarang perubahan. Mereka juga tidak boleh lagi bersikap terlalu memilih kerja.

Malah mereka juga boleh meneroka bidang keusahawanan menerusi pelbagai insentif yang disediakan kerajaan.

Antara program usahawan ialah dipelopori Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu RM45 juta diperuntukkan bagi melahirkan lebih ramai usahawan desa sepanjang tahun ini.

Dalam hal ini, mereka boleh menjadikan Mohammed Chin, 63, yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Usahawan Tunas Mekar 2008 (kategori lelaki) sebagai contoh.

Meskipun hilang sebelah tangan akibat kemalangan, Mohammed tidak menjadikan kecacatan sebagai halangan untuk beliau berusaha sehingga menjadi usahawan berjaya.

Wednesday, February 18, 2009

Members' Contact Details.

BIL

NAMA

TING.

NO TELEFON

ALAMAT


1

Mohamad Amiruddin Bin Shahrum

6A2

0175959653

No.45 Jalan Perdana 1/13, Taman Serai Perdana, 34300, Bagan Serai, Perak


2

Kamarul Nazmi B. Radzali

6A2

0179302145

No.200 Parit Gabis Bawah, 34300, Bagan Serai,Perak


3

Mohamad Shahrul Safiq B. Saidi

6A2

0175358825

117 A,Parit Gabis Atas, 34300, Bagan Serai,Perak


4

Muhamad Fitri Bin Abdul Hamid

6A2

0175169854/

057218791

No.3 Jalan Duku, Taman Serai Wangi, 34300, Bagan Serai,Perak


5

Abu Sufian Bin Mansoor

6A2

0175278537

No.8,Jln 3, Taman Semanggol Indah,34400,

Semanggol, Perak


6

Mohd.Saufi Bin Zainuddin

6A2

0194020554

No.42, Parit Haji Tahir, 34300, Bagan Serai, Perak.


7

Mohamad Nazrin Shah Bin Abdul Halim

6A1

900302-08-5761


0175657754

No.17, Parit Air Hitam 1, 34300, Bagan Serai, Perak.


8

Nur Atiqah Bt. Halilullah

6A2

0175134967

No.18, Jalan Kmpg Selinsing, Simpang 4.


9

Nursyuhada Bt.Said

6A2

0125845415

No.54, Parit Air Itam 2, Alor Pongsu, 34300, Bagan Serai, Perak.


10

Nurul Arafah Binti Ramli

6A2

0175452142

105,Parit Haji Aman 34300 Bagan Serai.


11

Siti Nur Afiqah Bt. Shafie

6A2

0175375204

No.85 Batu 14, Teluk Medan 34300,Bagan Serai,Perak.


12

Nurul Nadia Bt. Saedin

6A2

0175781826

No.35, Telok Seribu Dua, 34300, Bagan Serai, Perak.


13

Siti Nuraain Bt. Osman

6A2

0175154165

No.68, Kampung Kedah, Masjid Tinggi 34300, Bagan Serai, Perak.


14

Noor Faishah Binti Abd.Malid

6A2

0174123212

161,Parit Haji Taib 2, 34300, Bagan Serai, Perak.


15

Nur Aimi Bt.Abdul Rashid

6A1

0175732707/ 057214151

No.58A, Batu 13 ½,Telok Medan 34300 Bagan Serai, Perak


16

Nurul Syuhada Bt Badrol Manan

6A1

0175997874

Lot 344, Kampung Tersusun, Jalan Gula, Simpang 4,34400, Semanggol.


17

Nabilah Bt Othman

6A1

0124066924

55,Depan Masjid Tinggi, 34300,Bagan Serai,Perak.


18

Siti Raihan Binti Mohd.Saberan

6A2

057213976

NO.36,Jalan Taiping,Mesjid Tinggi,34300, Bagan Serai, Perak.


19

Fareena Nasya Binti Asri

6A1

0175373697

No.11,Parit Haji Aman, 34300,Bagan Serai,Perak


20

Mohamad Farhan B. Mohamad Arshad

6A1

0175964634

No.199,Parit Gabis Bawah, 34300,Bagan Serai,Perak


21

Mohamad Amirul Azli B. Mohamad Yusof

6A2

0139354130/

0129854898


No.192,Kmpg Tua,Simpang 4, 34400, Semanggol, Perak.


22

Khairul Nizam Bin Masruny@Mas

6A1

0135912899/

0142231452


No.31, Parit Air Itam 1,Alor Pongsu,34300, Bagan Serai, Perak.


23

Nordin B. Shahrudin

6A1

0194585576

TP11, Tebuk Pancur Simpang 4, Semanggol, Perak.


24

Abu Bakar Bin Abdullah

6A1

0175491706

No.51,Parit Haji Taib 3, Alor Pongsu, 34300 Bagan Serai,Perak.


25

Mohamad Mustaqiim

Fiqrie B.Abd.Wahab

6A1

0175781644

No.55,Jln Maju 1,Taman Serai Maju,34300, Bagan Serai, Perak.


26

Nadhirah Syafinaz Bt Shafie

6A1

0124813409

No.284,Lorong 11,Perumahan Awam,Jalan Stesen,34600 Kamunting, Perak.


27

Al-Husna Bt.Musa

6A1

0175287109

73,Taman Sri Semanggol 34400,Simpang 4,Semanggol, Perak.


28

Muhamad Khairul Faiz B.Hasnan

6A1

0175154432

100,Parit Haji Taib 3,Alor Pongsu,34300 Bagan Serai, Perak.


Monday, February 16, 2009

Memori Manis ( i )

Assalamualaikum WBT.

Menyelusuri jejak-jejak yang telah berlalu sepanjang tahun 2008, pelbagai perkara manis yang telahpun diukir oleh semua pelajar pra-u Sekolah Abu Bakar al-Baqir. Di kesempatan ini, saya akan cuba selitkan beberapa majlis, acara rasmi dan acara yang tidak rasmi yang ada dalam koleksi.

Kehadiran Guru-Guru Praktikal Bagi 6R2. (19hb Mei - 12hb Sep 08)

Cikgu Haslin atau dikenali sebagai Cikgu Alin telah bertugas selama beberapa bulan di SABAR dan mengajar subjek bisnes ( PP 1 ) di 6R2. Keikhlasan dan ketekunan cikgu Alin telah membuahkan hasil apabila secara keseluruhannya pelajar-pelajar 6R2 semakin berminat dengan subjek PP1. Ini adalah antara kenangan pelajar-pelajar 6R2 bersama cikgu Alin :)

Sept 12th 2008

Boys

Girls

Seterusnya ialah Cikgu Siti Zubaidah atau Cikgu Siti. Seorang yang penyabar dalam mengajar pelajar-pelajarnya. Kewibaan cikgu Siti sekali sekala tercabar apabila ada perkara yang tidak memuaskan hati beliau. Namun begitu, kesabaran mengatasi segala dan saya masih mengingati nasihat-nasihat yang diberikan oleh beliau. terima kasih cikgu :)

Sept 10th 2008

Boys

Pertemuan kami diakhiri dengan jamuan perpisahan yang dilangsungkan lebih awal memandangkan bulan Ramadhan al-mubaraq menjelang tiba. Jamuan ini berlangsung pada 28hb Ogos 2008 Ini disisipkan bersama beberapa kepingan foto sebagai kenangan bersama cikgu-cikgu praktikal :)

The Boys

The Girls

full ;)

6R2

Full corumn of 6R2

From left ; idek, afiqah, ian, Cikgu Alin, Shahrul, kamarul, fitri, amir

Akhir kata daripada saya, semoga hubungan rapat yang terjalin diantara guru-guru praktikal dan pelajar 6R2 (2009-6A2) terus berkekalan. Terima kasih Cikgu, jasamu dikenang.

p/s : phone number. Cikgu Alin -
p/s : phone number. Cikgu Siti - 0125142285

Sunday, February 15, 2009

Tuntas Editor.

Assalamualaikum WBT.

Setelah sekian lama menggembar-gemburkan akan kewujudan blog utk batch pra-u 0809, akhirnya sy selaku presiden PERTINA 0809 dengan ini membuka laman rasmi PERTINA. Kewujudan blog ini bagi saya mempunyai pelbagai tujuan positif yang seharusnya dilihat dengan lebih terperinci. Antara motif yang saya letakkan pada blog ini adalah penyampaian berita-berita semasa yang berlaku dikalangan pelajar-pelajar pra-u, merapatkan hubungan sesama pelajar, dan sebagai medium bagi berkongsi suara bebas anda, pendapat, sokongan, kritik, dan seumpama dengannya.

Setelah 8 bulan pertama berlalu, saya dapat melihat perubahan yang boleh diandaikan sebagai drastik secara fizikal mahunpun secara dalaman dalam diri setiap pelajar. Kejayaan yang pertama adalah dengan mewujudkan smartcard yang akan bertindak sebagai nametag, dan dilengkapi dengan barcode utk tujuan pinjaman rasmi buka di perpustakaan Sekolah Abu Bakar al-Baqir (SABAR).

Saya berpuas hati dengan keadaan yang berlaku walaupun dewasa ini berlaku sedikit konflik dalaman yang kecil dalam pembikinan t-shirt PERTINA. Diharapkan semua masalah dapat diselesaikan dengan penuh bijaksana dan didahulukn dengan perbincangan. Sekian.



Admin, ian.