Saturday, June 20, 2009

Tanggungjawab Sosial.

Assalamualaikum WBT.

Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat illahi kerana masih diberi kesempatan untuk menghantar blog yg pertama untuk bulan Jun 2009.

Alhamdulillah setelah lebih kurang 14 hari cuti sem, semua pelajar pra-u selamat kembali ke sekolah. Pelbagai aktiviti telah berlangsung secara rasmi dan tidak rasmi dalam tempoh 2 minggu ini. Antaranya ialah mengecat koop, kelas tambahan, dan yang paling penting LAWATAN PRA-U ke Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, disebalik kegembiraan yang berlangsung, ada dikalangan kita yang bersedih. Emak salah seorg drpd pelajar 6A2, Faisha mengalami jangkitan virus dan sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Besar Taiping. Seramai 12 org pelajar pra-u telah pun pergi menziarahi Mak cik Kamsiah (emak faishah) pada 16hb jun yg lalu. Dan sebagai menjalankan tanggung sosial dalam berpersatuan, PERTINA telah menyumbangkan wang tunai bagi membantu keluarga Faishah. Sumbangan yang kecil nilainya, tp sebagai membayangkan keperihatinan dalam membentuk ukhwah yang lebih akrab.

Diharapkan semoga keadaan Makcik Kamsiah akan stabil dalam masa terdekat. Bersama-samalah kita doakan kesejahteraan beliau. dan kepada faisha, kami sentiasa disini untuk membantu. Sekian.
ian.

No comments:

Post a Comment