Saturday, June 20, 2009

Kuala Lumpur Trip 2009.

Assalamualaikum WBT. Bersua lagi kita.

Hanya tinggal lebih kurang 4 bulan sahaja lagi bagi para pelajar tingkatan 6 atas 08/09 untuk menyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan STPM yang sebenar.

Semasa cuti penggal yang lalu,para pelajar tingkatan enam 08/09 telah mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur.Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan para pelajar yang telah sedia ada.Selain itu,lawatan ini juga dapat membantu para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari.Contohnya dalam matapelajaran sejarah,pengajian am 1 dan 2,dan sains.Lawatan ini juga dpaat mengeratkan lagi hubungan antara para pelajar tingkatan enam dengan guru-guru.

Kami telah bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi dan telah sampai di Kuala Lumpur lebih kurang dalam pukul 12.30 tengahari.Semasa dalam perjalanan,kami telah berhenti seketika di hentian R&R Tapah.

Semasa di dalam bas…

()

Makan di R&R Tapah…(Muka2 Kelaparan..Hehehehe)

()

Setelah sampai di Kuala Lumpur,kami terus pergi ke Muzium Negara.Tetapi…sebelum itu kami telah singgah sebentar di Tugu Negara.Tugu Negara merupakan tempat bagi mengingati jasa pejuang-pejuang dan pahlawan-pahlawan Negara kita.

Tugu Negara

()

Pelajar-pelajar yang terlalu teruja….hehe

()

Ahli-ahli rombongan di Tugu Negara

()

Selepas itu,kami terus bergerak ke Muzium Negara. Di Muzium Negara,para pelajar dapat menambah pengetahuan terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah.Contohnya,para pelajar dapat mengetahu dengan lebih mendalam tentang kehidupan manusia pada zaman Paleolitik dan Neolitik.Ini dapat membantu para pelajar tingkatan 6 dalam mata pelajaran sejarah.

(())

Di dalam Muzium…

()

Bunga emas yang perlu dihantar oleh kerajan Kedah kepada Siam…
Setelah ke muzium…kami bergerak ke tempat penginapan di Pusat Belia Antarabangsa(IYC).Pada sebelah malam pula,kami telah pergi ke Akademi Seni dan Warisan Negara(ASWARA).Di ASWARA,kami telah menonton teater yang bertajuk ‘Antoni dan Cleopatra’.Cerita ini berkisarkan tentang kerajaan Rom dan Egypt dan mengenai percintaan Antoni dan Cleopatra.Ada beberapa orang pelajar yang telah meniru gaya dan dialog lakonan mereka.

Setelah teater ini tamat,kami semua berkumpul untuk pergi makan malam.Setelah makan malam,kami pulang ke tempat penginapan untuk berehat.

Pada hari kedua pula,selepada sarapan pagi di IYC,kami bergerak pula ke salah satu syarikat komunikasi iaitu ASTRO. Semasa di ASTRO,para pelajar telah diberi penerangan cara untuk mengendalikan sesuatu rancangan dan segala urusan yang berkaitan dengan dunia komunikasi.


Sewaktu Sarapan pagi

()

Ruang Legar ASTRO

()

Setelah Selama 2 jam di Astro,kami bergerak pula menuju ke Petrosains di Menara Berkembar Kuala Lumpur(KLCC).Tetapi sebelum itu kami, bersantapan dahulu….
Setelah makan tengah hari,para pelajar dibawa ke Petrosains di Menara Berkembar Kuala Lumpur(KLCC). DI Petrosains,para pelajar telah didedahkan dengan dunia Sains.Para pelajar dapat mencuba segala peralatan yang terdapat di dalam Petrosains tersebut.Contohnya,para pelajar dapat duduk di atas sebuah kerusi dan merasai gegaran sewaktu berlakunya gempa bumi.Selain itu,para pelajar juga dapat menambahkan pengetahuan dalam ilmu Sains.Ini akan dapat membantu para pelajar tingkatan enam dalam menjawab kertas Pengajian AM kertas 2 untuk menjawab soalan di bahagian laras sains serta akan dapat membantu para pelajar tingkatan lima dalam mata pelajaran sains,kimia dan fizik.


Menunggu untuk masuk ke Petrosains

()

Cikgu Radian dan dinosaur

()

Penjaga-penjaga Dinosour!!!

()

Setelah selama 3 jam kami berada di dalam Petrosains,kami keluar untuk menunaikan kewajipan sebagai umat islam…

()

Di Ruang Legar KLCC

()

Ada Orang nak tumbuk la……

()

Menara Berkembar Kuala Lumpur(KLCC)

()

Bodyguard Miss julinamary..hehe

()

Pada sebelah malam pula…kami pergi ke Dataran Merdeka.Di dataran merdeka kami telah berjalan-jalan seketika di sekitarnya….

Pemandangan Dataran Merdeka pada waktu malam

()

Pelajar lelaki….

()

Tepat pada pukul 12.00 tengah malam,kami semua berkumpul di hadapan dataran merdeka untuk menyambut hari lahir cikgu Dima.Kami telah menyanyikan lagu hari jadi kepada beliau.Setelah itu,kami bergerak untuk pulang ke tempat penginapan.Tetapi sebelum itu,kami singgah sekejap dekat Down Town.

()

Pada hari terakhir kami di sana…semasa sarapan kami telah buat kejutan kepada Cikgu Dima,kami telah sediakan kek hari lahir untuk beliau….

()

Semasa sarapan pada hari terakhir,

()

Setelah itu kami bergerak ke Parlimen Malaysia.
Lawatan ke Parlimen ini telah banyak membantu para pelajar tingkatan enam dalam mata pelajaran Pengajian AM 1 kerana dalam Pengajian Am 1 terdapat bab mengenai Parlimen yang perlu dipelajari.Semasa berada di Parlimen,para pelajar telah diberi penerangan sepenuhnya mengenai Dewan Negeri dan Dewan Negara.


Dalam Parlimen…

()

Dewan Negara

()

Dewan Rakyat

()

Di Ruang Legar Parlimen…..
Parlimen Malaysia..

()

Kesimpulannya lawatan ini banyak membawa manfaat kepada semua pelajar. kecuali lah yg tak ikut tu, saudara Abu Sufian. Sekian.

coretan oleh Aimi,
picca oleh Ateq.

1 comment:

  1. salam ziarah perdana...seronok bc coretan blog ini...sy jg pljr stpm'09... :)

    ReplyDelete