Tuesday, May 12, 2009

Ringkasan.

Assalamualaikum WBT.

Coretan ringkas secara umum minggu ini.

Alhamdullillah, dengan limpah kurnia dan rahmatnya, semua pelajar pra-u SABAR telah berjaya menduduki MUET dengan selamat. Apa yang anda semua telah jawab untuk ke-empat² paper adalah yang terbaik. Teruskan berdoa semoga keputusannya akan cemerlang Insyaallah.

Agenda seterusnya adalah Sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang bakal diadakan pada 18hb Mei 2009 yang jatuh pada hari Isnin minggu hadapan. Selaku orang diberi tanggungjawab untuk menguruskan majlis ini, saya harap agar semua pelajar akan memainkan peranan masing-masing seperti mana yang diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan. Kerjasama anda amatlah diperlukan.

Seterusnya adalah peperiksaan pertengahan tahun 2009. final semester 2 untuk pelajar pra-u ini bakal dilangsungkan bermula pada 19hb Mei 2009. 8 kertas untuk 4 matapelajaran teras. Semoga berjaya kepada semua! sekian.

p.s ; pelajar lower six dh daftar pun, anda mahukan sesi suaikenal? :)

ian

1 comment:

  1. BILA KORANG NAK UPLOAD BLOG NI.DAH BNYK KALI AKU BC CITA SAL NI....

    ReplyDelete