Thursday, May 28, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Guru Pembina Negara Bangsa.

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam agenda Pra-U SABAR.

Pada 18hb Mei 2009, PERTINA 08/09 telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah yang telah diadakn di SMK Abu Bakar Al-Baqir. Walaupun tentatif sambutan hari guru dipendekkan selaras dengan pekelililang yang dikeluarkan, kami tetap cuba memeriahkan hari istimewa bagi semua guru SABAR. Dengan itu, semua pelajar pra-u telah memberikan komitmen yang begitu tinggi bagi menjayakan sambutan hari guru ini. Beberapa hari sebelum sambutan hari guru.Pelajar pra-u telah diagihkan dengan tugas masing-masing pada mesyuarat tertutup PERTINA.

Kami telah membuat kad jemputan & brochure hari guru. Kutipan derma sebanyak rm5 daripada setiap kelas untuk membeli hadiah kepada setiap guru SABAR yang dikasihi turut dijalankan bagi memperoleh dana. Alhamdulillah hasil kutipannya memberangsangkan.Selain itu, kami juga telah membuat banner sambutan hari guru. Banner ini dibuat sendiri oleh kami ( hand made tuu! ).

Pada hari Jumaat petang iaitu 15 Mei 2009, sebilangan besar daripada pelajar pra-U telah pergi mencari hadiah untuk guru-guru. Pelbagai cadangan pembelian hadiah telah kami terima untuk diberikan kepada guru-guru.Akhirnya, kami telah sebulat suara untuk memilih gelas ( mug ) sebagai hadiah kepada guru-guru SABAR.

Hari Ahad, sehari sebelum sambutan hari guru,semua pelajar pra-U telah hadir ke sekolah untuk menyiapkan tugasan kami. Kami telah membalut hadiah-hadiah untuk guru-guru, menghias pentas, raptai penuh dan membuat persiapan yang lain. Walaupun dalam keadaan yang penat dan tertekan para pelajar pre-U tetap memberi komitmen dan gembira dalam menyiapkan tugasan dan tanggungjawab.

Pada hari guru pula, Alhamdulillah…Segalanya telah berjalan dengan lancar.Semua yang dirancang berjaya dilakukan. Sambutan hari guru pada 18 Mei 2009 telah dipengerusikan oleh 2 orang pelajar pra-U iaitu Nurul Syuhada dengan siti Nur A’ain. Sambutan hari guru bermula dengan perarakan masuk oleh guru-guru SABAR yang diiringi oleh pasukan kompang sekolah. Setelah itu, terdapat bacaan doa,bacaan perutusan dan ucapan perasmian oleh pengetua SMK Abu Bakar Al-Baqir iaitu Tn. Hj Azmi bin Mat.Terdapat juga bacaan ikrar dan nyanyian ‘Kami Guru Malaysia’ yang telah dinyanyikan oleh guru-guru SABAR diketuai oleh Sir Asri.

Untuk slot yang kedua,terdapat persembahan oleh para pelajar. Antaranya persembahan nasyid, sajak dan koir.Pertukaran hadiah antara guru-guru juga diadakan anjuran Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) yang diselang-selikan acaranya dengan persembahan para pelajar. Sambutan tersebut berakhir tepat pada pukul 11.00 pagi sebagaimana yang dirancang.

Setelah tamat sesi persekolan pada hari itu, semua pelajar pra-U telah dijemput untuk membaca suruh Yassin di surau sekolah bagi memberkati sambutan hari guru. ternyata sambutan ini amat bermakna sekali pada tahun ini. Selesai sahaja membaca Yassin, kami turut di jemput untuk jamuan makan bersama-sama guru SABAR. Juadah yang disediakan amat menyelerakan berserta kek sumbangan pengetua yang istimewa pada hari tersebut.

Berikut adalah antara gambar-gambar hari guru ;

sesi bersama banner dan scroll!

kompang boys

bunga manggar girls.



Perarakan masuk guru-guru.

Persembahan kompang boys.

Penyampaian hadiah tajaan.


Ucapan pengetua SABAR

Scroll?



Cikgu Dima dan Mama Farah

jamuan.

Badan Induk Hari Guru 2009 (PERTINA)


Guru oh guru.

Engkau ibarat bulan yang menerangi malam,
Tanpamu malam menjadi suram,
Tanpamu jua langit mendung tak berhujan
Kaulah segalanya bagiku,
Kaulah pelita hidupku.

Di sini kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU khasnya kepada guru-guru yang pernah mendidik kami dan seluruhnya kepada guru-guru yang berada di dunia ini. Tanpa dorongan dan didikan mereka siapalah kami. Terima kasih atas pengorbanan dan tanggungjawab yang telah dipikul selama ini. Sekian.

coretan oleh ian dan aimi,
gambar oleh abey.

No comments:

Post a Comment