Showing posts with label Mid-sem Test. Show all posts
Showing posts with label Mid-sem Test. Show all posts

Wednesday, March 11, 2009

Anda sudah sedar?

Assalamualaikum WBT.

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kepada semua pelajar pra-u 0809 yang telah pun berjaya melawati laman blog ini walaupun pada mulanya mengalami sedikit kesukaran dalam menaip url blog ini. Jika anda inginkan perubahan url kepada yang lebih mudah, sila berikan pendapat anda terus kepada saya. Sebarang komen dan pendapat amatlah dialu-alukan.

Baiklah, menjengah sepintas lalu keputusan-keputusan bekas pelajar pra-u 0708 yang baru sahaja mendapat keputusan mereka setelah setahun setengah berusaha gigih, sagalanya telah pun terjawab. bagaimana pula dengan kita? adakah dikalangan kita yang masih belum SEDAR? walaupun secara zahirnya, dikatakan bahawa soalan STPM 2008 susah, tapi pada pendapat peribadi saya, tiada apa yang mudah di dunia. Persediaan awal yang rapi, akan membantu seseorang pelajar menghadapi kesukaran dengan tenang. Jadi, ingin saya tegaskan agar semua pelajar pra-u 0809 agar memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan keputusan STPM 2009 yang bakal diumumkan lebih kurang setahun daripada sekarang dirai dengan penuh tangisan kegembiraan.

Oh kebanyakkan keputusan ujian pertengahan penggal pertama sudah pun diketahui? bagaimana keputusan anda semua? memuaskan? cemerlang? atau sebaliknya? tentu anda sahaja yang mampu memberikan alasan atas sebarang keputusan yang anda dapat. Sedar atau tidak, kita semua telah pun berada di bulan MAC. lebih kurang 8 bulan daripada sekarang untuk menduduki STPM. Diharapkan agar semua pelajar berkelakuan lebih serius dimasa akan datang, dalam setiap ujian, serta PnP di dalam kelas.

Tuntasnya, pada keseluruhan, masih ada masa untuk kita berubah. mungkin hari ini lebih baik daripada semalam. esok pula lebih baik daripada hari ini. dan keadaan ini kekal konsistan sehinggalah menjelangnya peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2009. Sekian.


Admin, ian.

Wednesday, March 4, 2009

Ujian Pertengahan Semester (1)

Assalamualaikum WBT.

Minggu ini menyaksikan para pelajar pra-u SABAR mula bertungkus lumus menghafal, dan mencongak soalan-soalan yang bakal disajikan oleh guru-guru matapelajaran dalam ujian selaras satu bagi sesi semester pertama tahun 2009. Ujian selaras membuatkan setiap individu berkerja keras menggunakan masa yang ada untuk menguasai tema-tema yang bakal disoalan seperti yang digambarkan oleh guru-guru.

Jadual Ujian :

3hb Mac 2009 - Bahasa Malaysia 1 dan 2. Pengajian Am 1 dan 2.
4hb Mac 2009 - Sejarah 1 dan 2. Pengajian Perniagaan/Ekonomi 1 dan 2.
5hb Mac 2009 - MUET.

Sebagai renungan, saya mendapati secara keseluruhannya pelajar pra-u SABAR masih kurang bersedia bagi menghadapi ujian awal ini. Mungkin apabila ditanya, 1001 sebab mereka akan ujarkan. Namun begitu, jangan biarkan nasi menjadi bubur. beringatlah dimasa hadapan agar semua pelajar pra-u SABAR bersiap siaga lebih awal bagi menghadapi setiap ujian/peperiksaan dengan tenang. Sekian.


Admin.