Showing posts with label Forum. Show all posts
Showing posts with label Forum. Show all posts

Thursday, May 28, 2009

SABAR masuk paper 2x dalam seminggu?

Assalamualaikum WBT.

Yaa, Alhamdulillah segala pujian bagi Allah. Syukur, setelah berminggu-minggu bergelut dengan kesibukan dan kekangan masa, akhirnya semua pelajar Pra-u SABAR telah sampai ke penghujung semester ke-2. pergh, penat tp berpuas hati walaupun bukan untuk keseluruhan aspek. Hari ini, tanggal 28hb Mei peperiksaan pertengahan tahun telah pun tamat dan kertas Ekonomi (2) bagi kelas 6A1 dan kertas Pengajian Perniagaan (2).

SABAR masuk paper Berita Harian dan Metro berturut-turut?

ya! ya! ya! sila semak Berita Harian 26hb Mei dan Metro 25hb Mei. Ini adalah hasil kejayaan pasukan forum SABAR yg diwakili oleh 5 org pelajar Pra-u bagi daerah Kerian.
Berikut adalah butiran² Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Perak 2009;

Tarikh : 22 & 23hb Mei 2009
Tempat : SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar.
Penyertaan : 10 daerah di negeri Perak DR.

Oleh yang demikian, SABAR telah berjaya mengharumkan nama daerah Kerian setelah bertahun-tahun dahagakan kemenangan istimewa ini. Tajuk yg dibawa hingga ke peringkat negeri masih kekal iaitu " bencana alam, sediakan payung sebelum hujan ".

Pusingan pertama dilangsungkan pada waktu malam yang bertempat di dewan makan asrama SMK Panglima Bukit Gantang. Daerah Kerian dimasukkan dalam kumpulan B bersama-sama beberapa buah sekolah yang mewakili daerah di Perak. Antara sekolah yang berada dalam kumpulan B ialah SABAR, SMKA Slim River, SMKA Bota, Sekolah Sains Teluk Intan dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Manakala 5 sekolah yang berada dalam kumpulan A terdiri daripada Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Sekolah Sultan Azlan Syah dan beberapa nama lagi yang dilangsungkan di dewan besar sekolah SMKPBG.

Gambar-gambar dalam pusingan pertama ;

Sesi persediaan terakhir.


Persembahan pembukaan


SMKA Slim River


SMKA Bota

Setelah selesai minum malam, keputusan masih tidak diketahui. Namun setelah beberapa ketika, keputusan yang diumumkan amat menggembirakan kami apabila daerah Kerian telah layak mewakili kumpulan B ke peringkat akhir yang bakal dilangsungkan pada keesokkan harinya jam 8 pagi. SABAR akan merentap dengan SBPI Gopeng iaitu juara kumpulan A untuk merebut kejuaraan.

Untuk pengetahuan, SBPI Gopeng telah 3 tahun berturut-turut mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan dan mereka telah menjuarai Pertandingan Forum Remaja peringkat Kebangsaan tahun 2008.

Peringkat akhir iaitu pada pagi 23hb Mei amat mendebarkan.

Percubaan pentas.

Latihan kesediaan

Bersama Pn. Sepiah (PK1 SABAR) yg hadir memberikan sokongan.

Senior-senior Pra-u SABAR 2005

Debaran memuncak.

Persembahan pembukaan.

Sokongan STARian

Barisan juri dan ketua hakim drpd pihak DBP Malaysia.

ian disamping Pengetua SABAR, Tn. Hj. Azmi bin Mat.

SBPI Gopeng dengan tajuk mereka - " bahasa rojak. sekerat belut, sekerat ular."

Persembahan yang terbaik telah ditonjolkan oleh kedua-dua pihak yang sama hebat sama mantap. Itu antara komen-komen yang berjaya di dengar daripada barisan hakim yang tidak bertugas. Amat sengit. dan keputusan yang diumumkan tidak lah mengejutkan. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan forum daerah Ipoh Selatan, SBPI Gopeng. Walaupun kalah, tetapi kami berpuas hati dengan persembahan dan komitmen yang ditonjolkan oleh semua ahli forum SABAR. Pasukan underdog yang dapat menerima hakikat :) * cewahh. ahaha

Keputusan Penuh ;
  • Johan - SBPI Gopeng
  • Naib Johan - SMK Abu Bakar al-Baqir
  • Ke-tiga - SMKA Bota.

Penyampaian hadiah.

Johan.

Johan dan tempat ke-2.


Alhamdulillah. RM 130 setiap sorg, berserta Kamus Dewan Bahasa & Pustaka

Junior STAR - thanks for your support.


Kalah dan menang itu adat. Setiap yang bermula pasti akan berakhir, dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itulah kata-kata positif yang boleh diambil. Sesungguhnya, pengalaman itu lebih besar kesannya. Kami amat bersyukur dengan pemberian Nya.

Saya mewakili barisan ahli forum SABAR ingin mngucapkan berjuta-juta penghargaan kepada Mama Farah yang bertindak sebagai peneraju utama dan telah banyak membantu kami sedari peringkat pemilihan ahli panel hinggalah kejayaan demi kejayaan. Seterusnya pegawai-pegawai pendidikan daerah Kerian (PPD), pihak sekolah, guru-guru, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Juga kepada cikgu Zamri, terima kasih atas jemputan makan tengah hari yang sangat menyelerakan iaitu nasi kerabu. Pure kelantan gua cakap sama luu! ahaha. terima kasih semua. Sekian.

peristiwa menarik sepanjang pertandingan forum yg kami sertai ;
- setiap pusingan yang memerlukan cabutan undi telah meletakkan SABAR sebagai undian pertama. dan ianya membawakan tuah :)

Wednesday, May 6, 2009

Pra-u SABAR terus gemilang.

Assalamualaikum WBT.

Syukur ke hadrat illahi dgn limpah dan kurnianya, saya dapat menulis blog dalam keadaan penuh kesyukuran walaupun berlaku kekangan masa sejak akhir-akhir ini.Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk menyuarakan perasaan syukur saya terhadap beberapa aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar pra-u SABAR 0809 yang berjaya dengan cemerlang.

Antaranya ialah :-

  1. Pertandingan Dikir Barat AADK yang disertai oleh saudara Mohamad Amirul Azli B. Mohamad Yusof (abey) ; tempat ke-2,
  2. Pertandingan Nasyid AADK yang disertai oleh saudara Mohd.Saufi Bin Zainuddin ; tempat ke-2,
  3. Pertandingan Melukis Poster AADK yang disertai oleh saudara Kamarul Nazmi B. Radzali ; sagu hati
  4. Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Kerian ; Juara. 5 orang pelajar Pra-u.

Dengan berkat usaha yang gigih, persedian yang rapi serta doa, kebanyakkan program yang disertai oleh pelajar pra-u melangsung kejayaan yang membanggakan. Saya ingin melaporkan kejayaan pasukan forum yang diwakili oleh saudari Nurul Syuhada Bt Badrol Manan, saudara Abu Sufian bin Mansoor, saudari Siti Nur Afiqah bt Shafie, saudara Mohamad Amiruddin Bin Shahrum, dan saudari Nuraain bt Osman. Persediaan yang dijalan selama lebihkurang 3 minggu membuahkan hasil, setelah pasukan forum ini berjaya menjadi juara seterusnya mewakili daerah Kerian ke peringkat negeri. Alhamdulillah.

Berikut disertakan bersama beberapa keping gambar yang sempat diambil oleh saudari Syuhada Said ;


Saringan peringkat pertama , kumpulan A

Para penyokong dan guru pengiring (Mama Farah)


Debaran menantikan keputusan peringkat pertama.


Peringkat akhir antara SABAR & SMK Panglima Bukit Gantang

Panel pertama ; Abu Sufian bin Mansoor

Panel ketiga ; Amiruddin Shahrum

Pasukan forum SMK Panglima Bukit Gantang yg ditewaskan.

Setelah segala kemampuan ditonjolkan , akhirkan pasukan forum SABAR telah dipilih oleh para juri untuk sebagai juara! berikut adalah sesi yang dinanti-nantikan :)

Saudari Syuhada yang turut merangkap Pengerusi Terbaik keseluruhan.

Saudara Abu Sufian Mansoor.

Saudari Siti Nur Afiqah bt. Shafie.

Saudara Amirruddin Shahrum.

Saudari Nuraain Osman.


Pasukan Forum SABAR 2009.

Akhir kata, saya , mewakili rakan-rakan sepasukan ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Farah Wahida (mama), Cikgu Rashid, guru-guru, rakan-rakan dan mana-mana pihak yang membantu. Doakan kami di peringkat negeri nanti yang akan dilangsungkan pada 22 Mei 2009. Pertandingan ini bakal dilangsungkan di daerah Kerian memandangkan Kerian bertindak sebagai tuan rumah forum 2009 peringkat negeri Perak. Selamat maju jaya. Sekian.


ian.