Thursday, March 26, 2009

Karnival Jom Masuk U.

USM Penang (March 23rd 09)


Assalamualaikum WBT.

Pada 23hb Mac 2009, Pertina 0809 telah mengikuti program lawatan ke Karnival Jom Masuk U telah diusahakan bersama oleh semua pelajar pra-u SABAR ke arah kecemerlangan STPM 2009. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang jitu kepada semua pelajar tentang IPTA dan IPTS di Malaysia. Selain itu ianya juga memenuhi pengetahuan pelajar tentang bidang-bidang yang boleh diceburi oleh pelajar yang akan insyallah akan melanjutkan pelajaran dalam tahap sarjana.

Program ini dijalankan dengan jayanya hasil kutipan wang untuk menanggung kos perkhidmatan bas yang agak tinggi untuk ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Seramai 28 org pelajar pra-u, 13 org pelajar tingkatan 5, dan 3 org guru pengiring mengikuti perjalanan program ini.


Perjalanan kami bermula sekitar jam 8:45 pagi hari Isnin bersebut. Perjalanan yang mengambil masa selama sejam setengah tidak dirasai kepenatannya kerana kami semua bersemangat pada pagi itu. Kami tiba di perkaraan bas USM sekitar 10:30 pagi dan terus bergerak secara berkumpulan ke karvinal berkenaan. Kami diberi masa selama 2 jam 30 minit untuk berada di karnival itu sebelum bergerak ke tempat lain.

Masa yang diperuntukkan telah digunakan dengan baik oleh semua pelajar dan bersesak-sesak mendapatkan maklumat tentang IPTA dan IPTS yang dirasakan memenuhi kreteria bidang yang mereka minati. Pelbagai booth yg terdapat pada hari berkenaan, antaranya UM, UPM, USM, UNIMAS, UPNM, UIAM, USIM, Taylor college, dll.

Setelah meluangkan masa di booth-booth berkenaan, saya, Ayin, dan Shahrul telah bercadang untuk mendermakan darah di tingkat atas bangunan karnival. Pendermaan darah untuk kali pertama ini terlah memberikan kami bertiga pengalaman baru. Satu beg darah yang mengandungi 300ml boleh menyelamatkan 2 org yang pengalami kecederaan parah seperti kecelakaan jalan raya dan pembedahan. Daripada pemeriksaan darah juga, saya mendapati darah saya adalah golongan darah jenis B positif. Alhamdulillah, setelah selesai, kami semua bergerak ke arah bas yang sedang menunggu kedatangan kami. Walaubagaimanapun, terdapat yang lewat kerana membuat kadsim Celcom U.O.X yang membuat tawaran hebat pada hari tersebut.

Setelah selesai masuk ke dalam bas, kami diberi peluang untuk mencuci mata disamping berehat untuk makan tengah hari dan menunaikan solat zohor. Kami tiba di Queensbay Mall, Penang yang terletak di Bayan Lepas sekitar jam 2 petang. Setelah mendengar taklimat ringkas daripada cikgu Dima Mazlina, kami pun turun dan bergerak secara berkumpulan untuk menunaikan kewajipan masing-masing. Kami diminta untuk berkumpul semua pada pukul 3:30 petang.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang dapat diambil ;

ian (admin) & Shahrul :)

The Boys.

Some of the girls.

Outside Queensbay Mall.

Hot stuff. ahaha

The girls and our beloved teachers. Miss J & Ckg Dima.

Superhero looks alike!


Alhamdulillah, setelah selesai semua tanggungjawap, kami semua berkumpul dan mula bergerak pulang ke SABAR.

Tuntasnya, program ini hanyalah salah satu gambaran awal tentang persekitaran di universiti serta bidang-bidang yang ditawarkan. Jadi, apa yang penting ialah usaha yang perlu dijanakan oleh semua pelajar pra-u ke arah merealisasikan cita-cita mereka. Diharapkan program ini juga berjaya menyuntik semangat baru agar semua pelajar mula bersungguh-sungguh kearah kecermelangan STPM 2009. sekian.
p/s : all photos uploaded here were the from ian's camera. If u do have photos too, feel free to pass it to me as a collection for the annual dinner at the end of this year. tq

Kesihatan dan Keselamatan.

Assalamualaikum WBT.

Setelah 2 minggu tidak meng-update blog ini, akibat kesibukan yang teramat, akhirnya hari ini saya diberikan sedikit masa untuk menulis blog tentang cerita-cerita terbaru para pelajar pra-u SABAR. Menjengah seketika beberapa bibit peristiwa yang berlaku, antaranya adalah masalah kesihatan dan kemalangan jalan raya.

Pada 12hb Mac yg lalu, kami dikejutkan dengan berita tergempar iaitu kemalangan jalan raya yang dialami oleh saudari Syuhada Badrol Manan. Pada pagi hari tersebut, beliau yang dalam perjalanan ke sekolah dengan menunggang motorsikal telah bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Gula berhampiran dengan SMK Mudzafar, Simpang Empat. Beliau didapati pengsan ditempat kejadian.

Walaubagaimanapun, setelah mendapat rawatan lanjut, saudari Syuhada selamat walaupun menghadapi beberapa kecederaan kecil. Syukur Alhamdulillah. Pada petang ini juga, seramai 12 org pelajar pra-u telah mengatur rancangan untuk melawat saudari Syudaha di rumahnya. Kedatangan kami di sambut dengan besar hati oleh keluarganya. Berikut adalah antara gambar penziarahan kami ke rumahnya.

The Girls.

Saufi & Syuhada. * ehem² ;)

Syuhada's bro (si kentut)

Syuhada and the girls.

Kunjungan

Diharapkan agar pada masa akan datang Syuhada akan lebih berhati-hati menunggang motorsikalnya. Biar lambat asalkan selamat :)

Menjurus kepada topik kesihatan, 2 org pelajar pra-u turut menghadapi masalah kesihatan walaupun tidak serius. Ain, menghadapi masalah gangguan pernafasan dan Afiqah pula mendapat demam campak. Ain dimasukkan ke hopsital selama 3 hari untuk mendapatkan rawatan intensif. Alhamdulillah, kedua-dua mereka telah pun pulih sepenuhnya.

Tuntasnya, saya menyeru agar semua pelajar lebih memberikan penekanan terhadap aspek kesihatan diri. Ini penting kerana kesihatan memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan diri daripada ketinggalan dalam pelajaran dan kokurikulum. Selain itu, aspek keselamatan dijalan raya janganlah sesekali diabaikan. Kebanyakkan drpd kita menunggang motorsikal ke sekolah, oleh itu pastikan anda semua menunggang dengan penuh berhemah. Sekian.

Wednesday, March 11, 2009

Anda sudah sedar?

Assalamualaikum WBT.

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kepada semua pelajar pra-u 0809 yang telah pun berjaya melawati laman blog ini walaupun pada mulanya mengalami sedikit kesukaran dalam menaip url blog ini. Jika anda inginkan perubahan url kepada yang lebih mudah, sila berikan pendapat anda terus kepada saya. Sebarang komen dan pendapat amatlah dialu-alukan.

Baiklah, menjengah sepintas lalu keputusan-keputusan bekas pelajar pra-u 0708 yang baru sahaja mendapat keputusan mereka setelah setahun setengah berusaha gigih, sagalanya telah pun terjawab. bagaimana pula dengan kita? adakah dikalangan kita yang masih belum SEDAR? walaupun secara zahirnya, dikatakan bahawa soalan STPM 2008 susah, tapi pada pendapat peribadi saya, tiada apa yang mudah di dunia. Persediaan awal yang rapi, akan membantu seseorang pelajar menghadapi kesukaran dengan tenang. Jadi, ingin saya tegaskan agar semua pelajar pra-u 0809 agar memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan keputusan STPM 2009 yang bakal diumumkan lebih kurang setahun daripada sekarang dirai dengan penuh tangisan kegembiraan.

Oh kebanyakkan keputusan ujian pertengahan penggal pertama sudah pun diketahui? bagaimana keputusan anda semua? memuaskan? cemerlang? atau sebaliknya? tentu anda sahaja yang mampu memberikan alasan atas sebarang keputusan yang anda dapat. Sedar atau tidak, kita semua telah pun berada di bulan MAC. lebih kurang 8 bulan daripada sekarang untuk menduduki STPM. Diharapkan agar semua pelajar berkelakuan lebih serius dimasa akan datang, dalam setiap ujian, serta PnP di dalam kelas.

Tuntasnya, pada keseluruhan, masih ada masa untuk kita berubah. mungkin hari ini lebih baik daripada semalam. esok pula lebih baik daripada hari ini. dan keadaan ini kekal konsistan sehinggalah menjelangnya peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2009. Sekian.


Admin, ian.

Wednesday, March 4, 2009

Ujian Pertengahan Semester (1)

Assalamualaikum WBT.

Minggu ini menyaksikan para pelajar pra-u SABAR mula bertungkus lumus menghafal, dan mencongak soalan-soalan yang bakal disajikan oleh guru-guru matapelajaran dalam ujian selaras satu bagi sesi semester pertama tahun 2009. Ujian selaras membuatkan setiap individu berkerja keras menggunakan masa yang ada untuk menguasai tema-tema yang bakal disoalan seperti yang digambarkan oleh guru-guru.

Jadual Ujian :

3hb Mac 2009 - Bahasa Malaysia 1 dan 2. Pengajian Am 1 dan 2.
4hb Mac 2009 - Sejarah 1 dan 2. Pengajian Perniagaan/Ekonomi 1 dan 2.
5hb Mac 2009 - MUET.

Sebagai renungan, saya mendapati secara keseluruhannya pelajar pra-u SABAR masih kurang bersedia bagi menghadapi ujian awal ini. Mungkin apabila ditanya, 1001 sebab mereka akan ujarkan. Namun begitu, jangan biarkan nasi menjadi bubur. beringatlah dimasa hadapan agar semua pelajar pra-u SABAR bersiap siaga lebih awal bagi menghadapi setiap ujian/peperiksaan dengan tenang. Sekian.


Admin.